Thursday, April 19, 2012

Orang Islam MURTAD??????!!!!!

Salam dan selamat malam pada semua bloggerz,,hari ini saya dikejutkan dengan berita orang islam yang tinggal di Australia telah murtad.Jadi saya nak share dengan kamu semua dan minta pendapat korang semua pasal isu nie.

Zara Shafrudin berkahwin dengan Nicholas son of Kevin Rudd di ST James Church,King St,Sydney semalam.
Zara Shafrudin merupakan seorang Peguam di  Clayton UTZ dan suaminya Nicholas merupakan anak gereja Kevin Rudd.






Hmmmm,,pe nak jadi la dengan dunia sekarang ni,,sanggup ketepikan Agama dan Ibubapa demi Cinta.
Macam mana la perasaan ibubapa dia ek?? sedihlaa =(

Ya Allah,Minta2 dijauhkan daripada semua ni,,Amin

sumber : http://mysifu.net/berita-hiburan/gambar-zara-shafruddin-murtad-kahwin-nick-rudd-anak-perdana-menteri-australia-di-gereja/

Friday, April 13, 2012

ADAT PERSANDINGAN YANG BUKAN DARI ISLAM

Perkahwinan dalam islam adalah merupakan sunnah Rasulullah S.A.W yang menggalakkan umat islam yang berkemampuan untuk berkahwin. Kebaikannya terlalu banyak di antaranya adalah mengelakkan dari perbuatan maksiat,terhindar dari penyakit,memiliki zuriat,fikiran menjadi tenang dan sebagainya


Sunnah Rasulullah haruslah diikuti terutama pada kita yang beragama islam supaya diberkati oleh Allah dan perkahwinan dilaksanakan mengikut adat yang ditetapkan dan semestinya tidak melanggar syarak.Tapi kebanyakan masyarakat zaman sekarang sudah lupa adat melayu dan kebanyakan mereka lebih mengikut budaya bukan islam .Selain itu,kebanyakan mereka hanya mengikut syarak ketika akad nikah di masjid dan waktu pertunangan


Perkahwinan bukannya untuk menunjuk nunjuk dan seharusnya elakkan dari pembaziran untuk perhiasan dan hantaran seumapama ini :


                                                           


 "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).



Selain itu, perkahwinan tidak seharusnya menggunakan khidmat bomoh,seperti  mandi bunga, potong andam.Ini memang melangar hukum syarak


Dan Pengantin perempuan tidak seharusnya dideahkan auratnya untuk tontonan umum.Budaya barat jangan dijadikan sebagai contoh!! NO!!

                                                                                                             






Pakaian pengantin mestilah menutup aurat dan tidak bersalaman dengan yang bukan muhrim kerana perkara haram tetap haram dan yang halal tetap halal dan untuk berlagu biarlah lagu nasyid ke selawat atau bacaan al-quran kerana firman Allah :

"Janganlah kamu bertabarruj (menunjuk) seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab : 33).

Lastly carilah keberkatan dalam islam. PEACE