Friday, April 13, 2012

ADAT PERSANDINGAN YANG BUKAN DARI ISLAM

Perkahwinan dalam islam adalah merupakan sunnah Rasulullah S.A.W yang menggalakkan umat islam yang berkemampuan untuk berkahwin. Kebaikannya terlalu banyak di antaranya adalah mengelakkan dari perbuatan maksiat,terhindar dari penyakit,memiliki zuriat,fikiran menjadi tenang dan sebagainya


Sunnah Rasulullah haruslah diikuti terutama pada kita yang beragama islam supaya diberkati oleh Allah dan perkahwinan dilaksanakan mengikut adat yang ditetapkan dan semestinya tidak melanggar syarak.Tapi kebanyakan masyarakat zaman sekarang sudah lupa adat melayu dan kebanyakan mereka lebih mengikut budaya bukan islam .Selain itu,kebanyakan mereka hanya mengikut syarak ketika akad nikah di masjid dan waktu pertunangan


Perkahwinan bukannya untuk menunjuk nunjuk dan seharusnya elakkan dari pembaziran untuk perhiasan dan hantaran seumapama ini :


                                                           


 "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).



Selain itu, perkahwinan tidak seharusnya menggunakan khidmat bomoh,seperti  mandi bunga, potong andam.Ini memang melangar hukum syarak


Dan Pengantin perempuan tidak seharusnya dideahkan auratnya untuk tontonan umum.Budaya barat jangan dijadikan sebagai contoh!! NO!!

                                                                                                             






Pakaian pengantin mestilah menutup aurat dan tidak bersalaman dengan yang bukan muhrim kerana perkara haram tetap haram dan yang halal tetap halal dan untuk berlagu biarlah lagu nasyid ke selawat atau bacaan al-quran kerana firman Allah :

"Janganlah kamu bertabarruj (menunjuk) seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab : 33).

Lastly carilah keberkatan dalam islam. PEACE



7 comments:

nasir hamzah said...

kadang-kadang buat kerja kawin sebab nak glamor je tak fikir hari akan datang.. yg penting kesederhanaan jelah..

thanks singgah blog Nh

Admin said...

Assalamualaikum.....

Saya masih ingat kata-kata ustaz saya semasa saya masih bersekolah di sekolah menengah. Beliau berkata dalam kelas waktu Pendidikan Islam bahawa bersanding itu adalah rukun ke 13 dalam agama Hindu.

Masih lagi ada adat-adat dalam bangsa Melayu yang mengikut perbuatan dalam agama Hindu. Walaupun bangsa Melayu sudah lama meninggalkan agama Hindu semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka, namun saki baki budaya dari agama Hindu masih lagi diamalkan seperti cukur jambul, menabur beras kunyit dan tepung tawar.

Samalah juga halnya dengan budaya meniup lilin di kek semasa majlis hari lahir. Yang saya tahu budaya meniup lilin di kek itu adalah sebagai simbolik pada kejatuhan umat Islam dan dipercayai bermula sejak zaman kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Ia juga selari dengan buaya "April Fool" iaitu hari menipu dan memperbodohkan umat Islam di Sepanyol sehingga puak ekstremis kristian membunuh semua umat Islam pada masa itu.

Unknown said...

hmmm sy cikgu sy pun pnah gtaw sy,,tq zaki :)

Hidayah Maznan said...

asal ko asyik cakap pasal kawin? ko nak kawin ke?

jaka said...

makasih bos infonya dan salam sukses

tejo said...

terimakasih gan tentang infonya dan semoga bermanfaat

sarmin said...

mantap mas bro artikelnya