Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

bLOG AKU lAWA

Salam

sudah lama tak menyapu blog aku ni dah bersawang dah ni,,haih busy giler weyh,,dgn keje2 kat wad plus skang ni ak ad buat kerja part time,, income 2k - 4k sebulan sapa2 nak generate income lebih bulan ni boleh la holla gua k

Amacam cantik tak blog gua skang,, dulu merah menyala sekarang lembut biru lak,,hahhaha ak nak mengucapkan ribuan terima kasih pada kawan baik blogger ak yang tolong mengeditkan blog aku ni seperti blog beliau muahahaha 


aku rasa aku dah kekurangan pembaca lah,,tapi kisah apa,,,,walaubagaimana pun ak try nak follow up blog2 yang dah lama aku tak terjah,,

contohnya
.
.
.
.
.

.
 tengok la dlam bloglist aku tu ------->
dah lama aku tak baca karya2 mereka.. agak2 dyeorg terasa tak???




Thursday, January 31, 2013

Hi semua !!

Salam

wahhh rindunya!! dah lama dah tak berblogging,,lama dah tak jenguk blog kesayangan gua ni.rasanya dah berbelas belas tahun.. gua sibuk dengan kerjaya gua sekarang iaitu stapnurse..what the hell tak da life langsung,, hidup aku sekarang kerja!kerja!kerja..kalo shift pagi balik petang.kalo shift petang balik malam.kalo shift malam balik pagi,, so lepas balik kerja terus BAM ke katil! takda masa nak jenguk ke dunia luar macam dulu2 :(

teringin nak jadi macam dulu2,, ada masa untuk hangout ngan kawan2,g dating,,berblog walking..tapi dah tak boleh,teringat ada tanggungjawab sendiri.... sister asyik memaksa aku terus bekerja sebab tak cukup staff..kesian tak kat aku

so aku harap stapnurse2 baru yang bakal berkerja bulan 3 ni..masukla ke wad aku wad 11surgical female
the only female surgical ward and the most busiest ward in hospital kuala lumpur plus dengan kakitangan kerajaan yang x cukup

tolong la! tolong la!

hahhahaha dan lagi mintak tolong tu!! 

ok nak berblogwalking ni :)



muka masa awal2 dulu hehhe




Friday, November 30, 2012

ciri-ciri suami idaman



ciri - ciri idaman suami aku..kan bagus kalo betul2 ada...

aku berdoa pada Allah SWT semoga aku dtemukan lelaki yang sebaik macam ni 
yang penyabar,beriman,yang sayang aku, dan yang boleh bimbing aku menjadi yang lebih baik lagi

haihhh aku menunggu kehadiran mu sayang 

Friday, November 16, 2012

sapa pernah kena


pernah tak korang rasa macam ni hahahha

on chat endless talking but when meet in person jadi malu2 kucing plop :P

sapa pernah kena??? angkat tangan!! 

aku pernah kena,,aku berkenalan dengan seseorang dalam tagged,, masa dalam chat kami seronok berbual tapi bila berjumpa tak taw nak cakap apa,,hhahaha tapi still try belagak macho,tebalkan muka,,berbual pasal ntah apa2 ntah,, 

hahhhaha sekarang ni kami da lost contact maybe kami tak serasi kot hahahha or dia da jumpa seseorang yang lebih pandai mengambil hati dia

aku??? aku tak pandai,,orang cakap aku ni heartless :/

p/s: tengah cuba muhasabah diri sendiri.. terima kasih atas nasihat anda semua :)


Friday, November 9, 2012

sedih!

salam

apa khabar semua? sihat ke semua ? alhamdulillah aku sihat je tapi penat la kerja kat wad.maklum la badan ni dah jadi terlalu manja sangat sampai nak angkat tong oxygen pun da x larat,senior aku mengandung baby 6bulan  tu pun larat nak angkat tong gas,,


haihh sebenarnya dah lama aku pendam kan dalam hati ni,,dah lama aku paksa diri supaya sukakan kerja aku sekarang ni,,sampai sekarang tak boleh..  sekarang ni aku dah bergelar staff nurse..so tanggungjawab aku adalah menjaga patient2 yang kat dalam wad tu,,tapi bukan setakat tu aje aku kena taw semua diagnosis2 pesakit including treatment sekali..wallah aku tak boleh suka.. dan tak boleh buat2 suka


namun aku dah tak boleh undur diri aku kena teruskan jugak walaupun tak minat.. tak boleh nak toleh belakang daa,,i have to move on no matter what, 


dari dulu lagi aku tak minat nak jadi nurse,,cita2 aku mula2 nak jadi seorang akautan,,aku minat betul dengan akaun,, masa aku form 4 dulu aku expert bab mengira2 nie,,betul aku tak tipu bukan bermaksud nak show off ke hapa.lepas habis spm aku berjaya melanjutkan pelajaran aku dalam bidang perakaunan kat uitm.. perghh best gila,,, memang best. first time aku hidup tanpa family aku,,aku culture shock,,,enjoy non stop,,cgpa drop then i quit study coz dah tak boleh catch up,,i dunno y!!seriouly! then abah tak putus2 bagi aku semangat supaya aku berjaya,,so dalam diam2 dia register kan aku dalam penjawat awam Jururawat u29 (www.spa.gov.my) then dyeorang panggil aku interview and aku berjaya dan aku sambung pelajaran dalam bidang jururawat,seriously aku tak boleh catch up langsung until now!!! 


bila aku dala ward tadi,,aku terpikir2 apa yang aku belajar selama ni!! kenapa aku tak boleh senang terima ilmu macam orang lain,,kenapa aku lembap sangat!! now am regret,,ini la masalahnya kalo kita tak minat sesuatu semua tak jadi,, moga aku tabah,,adik2 kat luar sana jangan jadi macam akak,, fokus pada impian kamu..


kalau aku belajar betul2 mesti aku dah jadi akauntan termuda kan?? :( impian terkubur begitu saja





Friday, October 26, 2012

CUAK

salam

untung betul jadi staff nurse HKL sister bagi cuti 3 hari,baik betul sister
 semalam aku berjaya menghabiskan minggu orientasi aku dengan staff2 nurse yang lain dan aku dimasukkan ke wad surgical and endoskopi

apa maksud surgical? surgical tu pembedahan dan endoskopi tu endoskopi laa hahhaa.. so lepas ni keje aku cuma cuci luka orang gamaknya muaahahhaha!

tapi aku takut,,, T.A.K.U.T aku cuak macam mana nak handle patient dengan baiknya,, sebab tanggungjawab nurse ni terlalu besar,kalo tersalah bagi ubat bole dibuang kerja,,alahai sesungguhnya aku memang takut,,, 4 bulan aku tak pernah nak revise producer2,ubat2 yang penah aku blaja dulu,, cuaknya alahai.hanya Allah je yang taw

aku takut aku bole buat patient tu mati je :P sebab aku ni jenis buat keje nak cepat je,, other terms menggelabah.. takot doe..hangpa taw dok perasaan aku skang???? mohon bagi kata semnagat kat aku...omaigoodddd!! mana p tah kemachoan aku ni :( tak pernah aku secuak ni dats mean aku kena serius,,dah la aku ni memang suka main2..masa praktical dulu lagi laa x pnah ambik serius :(

menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna 


masa  practical dulu aku ada geng aku yang selalu bantu aku terutama sekali Shida dan rozi tapi depa jauh,,shida kat seremban rozi kat sabah.. 

P/S : DOAKAN KEJAYAAN GUA DISANA :') 


Friday, October 19, 2012

warkah terakhir

Salam

mesti ampa pelik kan baca tajuk kat atas tu? hehhe ap yang ampa rasakan..ak nak tinggalkan dunia blogging
no way no way!! salah sama skali!! ak xtaw nak start mcm mne ak rse ni la warkah yang terpanjang skali yg pnah ak taip.. perghh byk benda ak nak bgtaw kat dlm blog ni,,lantak korg la if korg rse ak ni syok sendiri ke,attention seeker yang penting ak dapat puaskan nafsu ak kat sini <<<<< jadah mengarut plak ==',,ak xtaw nk letak ayat apa,,pakai hentam je la :P

WARKAH PERTAMA >>>>ok2 first of all ak nak ucapkan terima kasih pada kawan2  yang wishkan bday,,first thanks to kawan2 blogger aku Geng APAKAH,,wa x sangka ,,wa ingatkan lu orang da lupakan gua :'( sob sob sob tapi x sangka lu org masih ingat lagi kat gua even gua da lme x lepak dlm page tu :) wa sungguh terharu,,tak sangka  kan even kenal dalam alam maya pun bole rapat mcm ni,,mcm da kenal lama da :) cc : Zul de alexis,anis,nurul ain,fiza suhaimi dan mama PPP


tapi tak lupa jugak kawan seangkatan ngn wa,Amni my BFF and adik dan adik ipar aku thank u so much :) tapi mael lambong dgn Miz Ruha x sempat wish..wa rse dyeorg ni da tido awal kot.oh oh kawan sabah aku hahha Lina  :) thanks beb wa pun sayang lu jugak :) ok tu je wa nak cakap..wa da cukup2 23 tahun.. 

Happy birthday to me :)


ok warkah kedua.. gua nak cakap yang gua sekarang bakal bekerja di sebuah hospital di Kuala Lumpur..HOSPITAL KUALA LUMPUR,,,wa terima tawaran ni sejak 2 minggu lepas tapi gua x heboh kat sini sebab wa tggu mse yg sesuai utk bgtaw hahaa

ini dia buktinya


kalo korg klik gamba tu lu org akan nmpk nama sebenar wa :P

so gua akan bekerja di Hospital besar KL dimana hospital kelahiran wa pada tahun 1989..ya disitu gua dilahirkan ... so apa yang gua rasa?? ak xtaw la nak cakap ap..ap yang ak rasa adalah rasa malas nak memblahkan diri dri umah ni :( .gua akan tinggalkan dunia blogging wat sementara waktu,,maybe gua akan busy dengan night shift plzz jgn piki gua sombog kalo gua x folo balik.. 

apa yang gua nak doakan kejayaan gua.. doakan agar gua jadi nurse yang baik dan berdedikasi walaupun gua tak minat dlm bidang ni.>>>>> cita2 dulu nak jadi model..doakan agar gua ak dibuli oleh senior2 kat sana.. doakan untuk segala-galanya laa,,, semua nya ada hikmah,,maybe rezeki ada kat situ

p/S: DAH MENGANTOK MAAPKAN JIKA ADA TYPO PAHAM2 LA SENDIRRI

Wednesday, October 17, 2012

Ulcer

Salam

my mood totally right now >>>>>>>> !@##^&%*&

what's wrong my dear??? ada ulcer dalam mulut

cilakak tul sakit gila bila aku nak bukak mulut hari ini

mak aku masak sayur faveret hari ni Bayam Tumis dengan ikan merah goreng. ambik dekat masa 
2jam nak habiskan makanan tengahari tadi nasib baik ada Pija temankan aku makan



apa yang korg rse bila ulcer muncul dlm mulut or in other word MATA IKAN

its totally annoying!! sakit gila

intervention for ulcer>>>> letak garam kat tempat ulcer,kumur dengan air garam,letak bonjela

dah buat semua,.tp still sakit makin bengkak =='

ok tu je


copy paste from gugle

aku punya ulcer kat dalam sekali x bole nak ambik nak letak kat sini hihi

nyte ^^





Sunday, September 16, 2012

My new Boyfriend

Salam


ehem2 sound check 1,2,3
dengar sini semua aku nak buat pengumuman 
aku da jumpa seorang lelaki yang sudah berjaya menanmbat hati aku
yang selama ini terkunci hahhahah

Beliau sungguh hensem,comel.babyface dan pandai menari
aku tertarik betul dengan lenggok badan beliau
kalah ex aku yang dulu,,untung aku jumpa kau ye sayang :D

korang nak tengok ke??
hahhaha gila belagak aku ni :p
relax bertendang dulu k

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 tada!!

kenal tak?? siapa beliau? muahhahaha aku agak korang mesti tak kenal
ni la dia Shahid Kapur
pelakon bollywood yang agak terkenal dan beliau sebelum ni pernah kapel dengan kareena kapoor tapi da putus sebab Kareena Kappor tu gila bayang dengan lelaki lain

hensem kan bf gua
hahhahah 
aku jatuh hati dengan beliau sejak aku tengok citer FIDA
itu first film beliau jadi hero dan untuk film seterusnya beliau still jadi hero jugak
lakonan bole kata superb,,and the way he danced really amazed
bagi aku beliau dengan hrithrik roshan memang sepadan laa


korang boleh search citer tu kat youtube,,yang penting aku nak citer yang aku memang tertarik dengan beliau sejak first film dye jadi hero ..sebelum ni director sana tak tengok dia sebab dia ni kurus keding dulu tak caya boleh tengok video ni


pastu bila dia buat body ramai yang terpikat muahhaha 

aku memang da obses da ngan mamat ni hahahha
dan obses aku makin menjadi2 bila aku tengok video ni tadi


hhahaha jangan marah ye kawan2 

*harap korang baca la entri aku ni ek*



ok mata aku da berpinar2 ni
nak tido dulu nyte!



Sunday, September 9, 2012

Di kejar Mat motor

Salam

Dari hari tu aku nak citer pasal aku kena kejar dengan mat motor tapi tak sempat sibuk dengan segmen je T_T tadi pun sempat aku pegi Asiafans.net untuk memahami cara-cara bermain contest ni dari tutorial yang dibuat oleh Mk Syahir.So far ada paham sikit laa walaupun pening sikit,,nape tah aku ni susah nak paham always confuse -_-' . Still Learning

HARI JUMAAT 7/SEPT/2012

Malam Sabtu hari tu Pak cik aku call  suruh adik aku dan kazen aku  tidur kat umah nenek aku so depa  pun setuju laa nak bermalam di sana. So dyeorg plan mahu kesana naik motor je.ala umah nenek kami dekat je dalam satu kawasan tapi beza taman perumahan je,nenek aku tinggal kat jalan kasturisari aku jalan kantansari jauh sikit laa sebenarnya so nak cepat naik motor laa,,lagipun dah lewat malam  around pukul 1030 macam tu laa,,kalo depa jalan kaki mesti kena kejar dengan anjing.

So depa plan nak naik motor tapi motor tu takda,,abah bawak pegi meeting JKKK dye tu.. so cemuih laa depa nak menunggu,,nasib baik ada motor adik ipar aku.. mak aku suruh anta dyoerg pegi umah nenek..malam tu memang mood baik so aku dengan rela hati nak hantar dyeorg pegi umah nenek,,ehh bukan kami naik bertiga,,aku anta setiap sorang laa maw pancit nanti tayar motor amir kalo kitaorg naik macam boyan hahahah 




itu bukan kami..itu aku curi dari google,,aku tak tahu lukis oiii mohon korang paham hahaha.. so dengan mohon jasa baik dari adik ipar aku (amir) aku pinjam motor dari dia .aku hantar kazen aku pegi umah nenek,, so aku pecut laa sebab dah lewat weyh aku pun takut -_-' kang terjumpa momok terbaring kat tengah jalan naya aku! . time on the way ke rumah nenek,, kazen aku ni suruh berhenti dulu kat kedai runcit,,dye cakap ada pesanan dari adik aku suruh beli Coca Cola.. aku nampak ada satu kedai still terang benderang so aku pun nak berhenti laa kat situ time nak masuk simpang kedai tu,,aku nampak anjing depan kedai tu,, then aku tak jadi nak berhenti aku takut kena gigit anjing,,jangan main2 dengan anjing sekarang dyeorg suka gigit orang,,aku memang tak suka anjing puii! so aku tak jadi berhenti la kat situ then aku terus je melepasi kedai tu dan seterusnya ke kedai mamak,,,  kedai mamak tu penuh dengan budak2 muda mentang2 la kat mamak tu ad tv screen besar dyeorg lepak kat situ,,aku nak tak nak aku lalu je and that time  aku berseluar pendek erkk malu kot -_-' ,,, so aku tebalkan muka aku lalu je sebab aku nak elak dari anjing tu,,time aku  lalu depan kedai mamat aku ada dengar orang jerit 

oiii awek oiii

perghhhh menyirap aku so aku teruskan perjalanan aku ,, masa aku nak keluar dari kawasan kedai tu,, 2 orang budak motor kejar aku,,aku bukan perasan oii,, aku percaya dengan instinct yang dyeorg mmg kejar aku.. terjerit2 dyeorg pgl aku

oiii awek tunggu r,, nak kemana tu sayang

aku dah takut,panik,menggelabah aku teruskan perjalanan dan aku terus memecut,,time aku panik tu nasib baik aku ingat lagi jalan ke rumah nenek aku,,kalau tak mampus aku! tengah semangat merempit tu kazen aku tepuk  belakang aku

weyh dyeorang dah tak de

aku pun fuhh! lega!maybe dyeorang kesian kat aku kot :) takut sangat.. kazen aku tak de perasaan dye budak mentah lagi umur baru 14 tahun apa dya taw..dye tak taw apa yang aku rasa,, sempat lagi dia ketawakan aku ciss!! panas jer! dah sampai umah nenek dye turun aku pecut lagi sebab kali ni aku sorang2 menggeletar lutut aku,, 

sampai kat umah aku,,adik aku keluar
dia tanya nape muka pucat??

aku jawab laa kena kejar dengan mat rempit

nasib baik dia tak gelakkan aku kalau tak aku tumbuk gigi dia ahhahahaha! *abaikan*

pastu dye suggest kan aku bawak penyembur motor..taw tak benda apa tu??


benda ni la

dia cakap : tak tahu berkesan ke x ko guna je kalau dyeorg kacau ko sembur ni kat mata 

aku pun ok laa,,no choice itu untuk self protection aku jugak..so aku hantar dia ke rumah nenek 2nd trip.. macam biasa aku pecut laju,, pegi pecut laju balik pun pecut laju..

sampai je rumah aku citer kat adik aku yang lagi satu (3rd born) dari a to z.

yang aku hantar ke rumah nenek tu 4th born 

dye bilang : tu la ko suka sangat pakai seluar pendek,, aurat ko terdedah tu yang dyeorng kejar ko tu.. dyeorg da stim la tu.. jaga2 lain kali,,



p/s untuk diri sendiri : jaga aurat di mana jua anda berada,, malang tidak berbau
pada malam tu aku dapat pengajaran jangan terlalu leka

PEACE YO! SALAM




Sunday, September 2, 2012

Jodoh ditangan Tuhan

SALAM

Halo ollls!! yeay mood berblogwalking da kembali dah tak malas2 daa nak jenguk blog korang sume..wahh blog korang sume cantik2 dan smart.. bila aku kembali ke blog ak,,alahai buruknye,,simple sungguh dan tak kemas pulak tu,,,tapi ap ak kisah tu blog ak suka ati aku la.Aku tukar layout merah sebab merah is my favourite color dan merah tanda berani.aku tak taw nak letak doodle or buat animasi nak buat blog aku nampak menarik but seriously i need to know macam mana eh nak buat semua tu? guna software ape?? ak guna PAINT TOOL SAI..sampai sekarang aku tak taw macam mana nak guna..seriously aku tak paham :( * budak lembap*

Rasanya da dekat dua bulan aku jadi pengganggur terhormat ni duduk umah,,zzzz bosannnn..tapi nasib baik aku pandai sikit aku tolong mak buat kerja rumah ringan sikit beban mak aku tu.. hahaha.. tapi tak sah la kalo tak online.. berfesbuk memanjang.agak boring gak,,,tapi ada satu perkara yang buat aku annoying gila.. aku ni suka je approve mana-mana orang yang add aku tak kira tua ke muda aku tak kisah asalkan friendlist aku bertambah haahaa,,then aku jenis yang bercakap dengan semua orang,,aku tak sombong kadang2 kalo ade awang hitam yang add aku,,aku approve kalo dye cakap hi aku balas hi je yang lain aku da x balas,,yang penting aku tegur.. see??? aku tak sombong kan??? but most of all yang add aku orang melayu laa,,yang single and still searching

seriously aku sungguh rimas kalo depa suka melebih-lebih ngan aku.. nak mengayat aku agak2 la aku ni hati keras ni beb tak lut dengan pujukan rayuan palsu hhahahaha! *tipu je* tapi aku dah tak mahu dah nak berkenalan dengan mana2 lelaki  secara serius aku takut terluka lagi setakat kenal dalam fb tu sudah cukup nak mengurangkan kebosanan aku ni,, sekarang ni aku lagi suka limitkan pergaulan,,kalau kita kenal2 dalam fb cukup la dalam fb,,no exchange phone number if daily PM its ok,, ak layan..ak bukannya sombong but cukupla ,, hati aku masih terluka sebab si penipu tu. Sapa pernah kena dimainkan dengan boyfriend sendiri?? kalau korang pernah kena so korang paham kan ape yang aku rasa sekarang ni?? 


one of my friend update status ni 

Searching seseorang yg ade sifat syg,cinta,setia,jujur ikhlas trime seadenye..

Ade keh kt sini??
Boleh cube tak?sejauhmane semua tu :)

kalau nak mencari yang setia boleh ke awak setia dengan saya,,?? 


bagi aku tak perlu la nak mencari macam Ustaz Azhar Idrus kata kalo ko ke utara dia ke selatan kalo Allah nak kamu bersama korang mesti akan bersama pernah dengar tak quote ni?

 "diantara tanda2 kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan rsa tenteram kepadanya...." 


Means Allah dah tentukan di luf mahfuz siapakah jodoh pasangan kita,yg penting tentunya ia dr jenis kita sndiri..Maha Adil kan Allah s.w.t :) 

so tak payah la kita nak sibukkan diri nak cari awek ke bf jadikan la cinta mu untuk yang halal je.. happy sokmo :) utamakan yang lain dulu jadikan KAHWIN list terakhir dalam hidup kita.. insyaallah jodoh akan tiba dalam masa yang sesuai dan insyaallah pintu hati aku akan terbuka untuk lelaki yang layak jadi suami aku.. semua wanita idamkan lelaki yang boleh melindungi sepanjang masa kan?? so do i ;) 

Allah tahu segala-galanya DIA plan sesuatu yang baik untuk kita,, just wait and be patience..


Biar hti mti mnolak cnta insani. 
Biar bdan lesu ditomah kta kji.
Jgn kau mnngis wahai mta hti ttpi mnangislh andai cintamu ditolak ILLAHI. :)

p/S : UNTUK DIRI SENDIRI



Friday, August 24, 2012

hantu ais



Salam 
terlalu bosan malam ni sumenye xnak layan aku  macam homeless pulak rsenye
awal2 lagi mak da masuk tidoabah sibuk ngan tugas dia sebagai ketua kampung
shafik adik aku sibuk sgt jadi mekanik kawan dyesibuk membaiki motor lapuk
bibi??? hmmm lagi la dye malasPija pula (Adik-3) kat umah mak mentu
hmm bosan laa dah la takda boyfriend,,ala kalo ader boyfriend pun buat ak macam patung
sedih kot i'm so lonely girl..so thats why malam yang larut ni saje je nak buat entry penuh pasal ICE
tak pernah dibuat oelh aku ini first time sebab aku tengok past entry aku macam suram je
sumenye pasal diri aku yedok?? dah namanye personal blog ofcoz laa all about me 
susah betul..hahhaha tapi ap yg ak tulis kat dalam post aku tu sumenye pendek2 an?
sebenarnya aku malas,,nd ketandusan idea hahahahha tapi la ni disebabkn aku boring
and Mr Y x nak tegur ak kat dalam fb so aku tulis panjang2 kalo korang rasa boring thats not my problem sume orang ader pandangan masing2 kan

aku bukan nak bagi ilmu pengetahuan pasal ice ni pun yang sebearnya aku nak bercerita yang aku ader tabiat makan ais sejak sekolah rendah,,aku rasa time darjah 5 kot.. dulu aku tinggal kat kawasan kampung biasa la kampung dlu mne ad air cond kan so nk menyejukkan badan aku kunyah ais ni
aku terlalu syok sgt makan ais ni sbb ble ak makan ais badana aku rasa sejuk je terasa nyaman dan dingin pulak tu, ader la 2 gelas ais ak telan,, lepas balik sekolah je
pegi dapur ambik gelas pjg ,buka peti ais,pecahkan batu ais masuk dalam gelas terus kunyah macam makan keropok..terasa enaknya mengalahkan makan aiskrin tapi saya x suka makan aiskrim
sebab manis sgt,,kalo makan Mcd sundae sure saya makan separuh jalan pas tu buang terlalu manis 
erggghhh!! and then pas mentekdarah ais tu sampai abis dalam 15 minit-30 minit mesti menggelabah nak pegi toilet

tabiat dari kecik ni la sampai ke tua (23 tahun) tak pernah berhenti
penah sekali benti pecah rekod sampai sebulan je x makan ais pastu sambung balik
kawan2 penah pesan kalo ak makan ais ni lemak kat perut tak pecah
perut buncit
gigi rosak
bole dapat tonsil
ok honestly mmg ak takut sgt bende2 tu terjadi kat aku tapi sampai la ni
aku gigit ais tu benda macam ni tak penah terjadi kat aku
perut aku tak buncit,gigi tak rosak cuma gusi pernah terkoyak dulu masa sekolah menengah ade staff nurse  datang sekolah nak check gigi dia kata gusi aku terkoyak dia suh aku pegi klinik gigi 
tapi aku tak p pon ak benti makan ais sekejap selama mana aku tak taw laa da x igt bkn nk ckp pe bial tgk kt cermin nmpk macam elok daa,,pastu terus sambung balik makan tapi sejak kes gusi terkoyak tu dari sejak tu aku start jaga oral hygiene pas ak makan ais sure aku gosok gigi then afetr that minum air masak terus then masuk tido 
lagi satu aku tak bole tengok ais kalo ak tengok ais ak terasa nak gigit2 je
kalo ak dapat gigit puas ati laa.. dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai ke diploma
ak still mengunyah ais.. ais dlm peti ais aku yang tukang habis kan
kebuurkan makan ais ni laa buat badan aku jadi kering..dehydrated 
bibir kering rambut kerig sumenla kering ahhaha
 benda ni macam ectasy aku taw i can't live without it.. damn seriously
aku takut gak bila umu ak naik 30 taun gigi da xde macam mana nak jadi hot mama aku tak maw pakai gigi palsu pakai polident tak maw cheq

lepas graduated ni lagi la giat makan benda alah ni,,duk umah xda buat apa2 duk depan tv kunyah ais macam twisties pulak rasanya hahahah..hai la mak aku pun suka makan ais jugak macam aku
kalo dye ke dapur first thing dye buat kua kan ais pastu pecah kn ais pastu ngap ke dalam mulut
mak aku lagi expert,, setakat ni aku ngn mak aku je la yang hantu ais
abah dan adik beraadik aku yang lain xde
aku x penah kena demam kena selsema kena batuk or sakit tekak sbb aku rasa ais ni da resistant ngn badan aku..

tapi tak la aku asyik cari ais je sepanjang msa ader gak la ak cry air suam kekadang
sbb kalo kunyah je ais ni tekak rse haus taw dok lagi satu bole constipation
mula la time tu pegi kedai cari pisang cari betik
-_-'

tabiat ni susah nak benti ak tak taw nak wat cam na aku tak nak gigi hancur pada masa hadapan tak lawa nanti





 senyuman tu satu aset yang penting kalo muka cantik tapi gigi takda takda gunanya!
tapi mulai esok aku berjanji xnak makan ais
just want to share my thoughts and experience 
pada sesape yang hantu ais macam aku ni share la opinion korg k
jangan malu2 maklum la ak ni blogger yang tak terkenal
panjang gila karangan ak malam ni
ok la bye nak terjah blo lain plak hahahah
Salam ukhuwah!










Wednesday, August 22, 2012

Alhamdulillah

Syukur hadrat illahi
aku akhirnya bergelar staff nurse
selama aku hisup kat dunia ni
hidup kat Cheras yang penuh Pancaroba
belajar kat UCSI
yang memang suka mencekik darah 
lagi-lagi dengan Prof yang suka menggagalkan
orang tnpa sebab
3 tahun aku study kat sana
akhirya aku lulus

sepanjang aku hidup kat Cheras tu
macam benda aku tempuh
macam2 benda aku alami
hidup kat sana mengajar aku tentang persahabatan
tentang Cinta yang tak ikhlas
jangan mudah terpengaruh dengan benda2 tak elok
and don't be racist


kat sana aku berkenalan dengan seorang perempuan 
berkulit hitam
nama dia Khumo
sometimes she can be my sister at the same time
and could be my guardian
a lot of things she taught me 
really miss her a lot
kadang2 perangai dia yang selfish buat ak annoying
biasa la


dan sebenarnya saja je nak tunjuk ni

cuma penempatan je belum tahu lagi
relax laa mintak2 la x dapat kat sabah
kalo x sedih!

Sunday, August 5, 2012

Tiring sunday

seriously penat gila hari ni
dah la tak cukup tido
pastu arini customer terlalu ramai
macam ikan sardin
 pe taknye kita kan nak raya

and the problem is
hari ni saya tak boleh puasa
and then biasanya sakit2 tu mesti ad

hari ini saya kuatkan hati saya 
untuk melayan customer sebaik mungkin
tak nak buat muka kerut2
just smile and smile


walaupun pada hakikatnya
perut saya sakit macam 
macam...............




hanya Allah je taw
macam mana pedihnye,seksanye menahan sakit
hmmm,,dugaan betol

dahla aircond kat situ sejuk betul!!
macam ikan beku dah rasanye..

nasib baik kak fiza ad paracetamol
and kak mek baik hati bagi saya minyak panas
 dye suruh saya rehat kat patri

lepas je makan ubat tu
lepas je sapu minyak panas tu
then tido sekejap 30 minit rsenye
terus sihat
dah tak sakit da

lipat baju yang bersepah kat offer bin laju je
lari sana lari sini
pergi kaunter depan ambik cash bill
terasa macam super mama


 tapi
Alhamdulillah sebab sakit tu rasenye
jualan kami hari ni
only for CHEETAH
mencecah 2K

kalo saya peot
tu je la ubatnye
Panadol + tidur

orang kata tak elok
ye dok?

anyway goodnight saya nak masuk tido da
esok nak jual lagi baju2 cheetah
nak jual sampai 3k la pulak
hahha

nyte everybody :)
jangan lupa sahur plak

Thursday, August 2, 2012

Can't sleep at all

saya teringin sangat nak tidur lena 


sudah seminggu jadi macam ni

bila saya tutup mata je
banyak perkara yang muncul dalam kepala

tak lena langsung
hormone changes ka??

pelik

sometimes i feel my brain can't stop talking to me
but why on my sleep time!!

jeles tengok ain tido
sampai senget badan dye



Monday, July 30, 2012

Penangan Air- cond

sejak kerja jadi promoter cheetah
kat giant Rawang
macam-macam penyakit timbul

MOUTH ULCER AGAIN!!
AND DRY SKIN!!
ITS GETTING MORE WORST THAN BEFORE

nak makan pun susah
nak cakap lagi la susah
lagi-lagi mau senyum
nanti customer ingat saya ni sombong pulak (-_-')

everything have to be controlled
dan mulut saya jadi busuk sebab ader bende alah ni dalam mulut saya
so kena laa cover sikit mulut tu bila cakap ngn customer
eisshhh!!


lagi satu nak kena tahan sakit tu satu hal


Giant ni begitu strict dengan rules and regulationnye
air botol mineral pun x bole nak bawak masuk

saya ni mmg xtahan dengan air-cond
ni la penangannye ULCER ULCER AND ULCER

and of coz my skin getting more dry
so to prevent it i use this

seriously this one is much better than Vaseline
yang ini cepat absorb ke dalam kulit
x payah tunggu lama2
 its lasting for 24 hours

tapi kalau sapu kat tapak tangan of coz la tak
sebab kan kita kerap membasuh tangan
so after kita basuh tangan tu apply la balik lotion nie

this one is better
 tak lama lagi nak beli yang ni pulak da


saya keje kat  kawasan yang ber 'air-cond'
then i have a problem dry skin
so i guess this product really suitable on me

dan masalah ulcer ni plak
jangan putus harapan
i have to gargle my mouth with air garam
traditional work

or korang bole suggest benda lain selain kumur 
ngan air garam atau sapu bonjela??

Wednesday, July 25, 2012

perasaan je ni



ok baru ak taw
thanks ustaz :)

Monday, July 23, 2012

jodoh dah dekat??

Memang saya pelik
dari minggu lepas saya perasan la
ramai baby yang suka saya

bila baby2 tu tengok saya je
ader yang tersenyum
malu-malu
ader yang mahu minta 
didukung






selalunya kalo saya kacau baby2
dyeorng msti takot
ader yang nangis
lari kat belakang mak dyeorg (-_-')


mula2 tu x rase ape2
tapi bila kawan saya bawa anak dye
maunye dyeorg x kecoh

ader yang cakap
ha jodoh da dekat tu

ader yang cakap
kalo masuk hkl ni mesti jumpa jodoh die

Pija pula caka
Aku rasa jodoh ko nak sampai

dan aku blur


Wednesday, July 4, 2012

     
Pija cakap
dayah hang ni tak guna la belajar jadi nurse
sume hang da lupa pendarahan implantasi pun tak taw

seriously : apa tu pendarahan implantasi
i need to study back
lepas ni dah kene keje with fully independent
no more ci or kawan yang pandai

:(

Abraham Lincoln : Vampire Hunter


baru je balik dari GCS kat times square
begitu excited nak bagi taw
yang saya da tengok citer ni



gempak betol citer nie
my adrenaline run so fast
banyak btol action dye 
hebat Abraham main ngn kapak dia nak bunuh vampire
rugi tak tengok :)


peace ;)