Friday, November 30, 2012

ciri-ciri suami idaman



ciri - ciri idaman suami aku..kan bagus kalo betul2 ada...

aku berdoa pada Allah SWT semoga aku dtemukan lelaki yang sebaik macam ni 
yang penyabar,beriman,yang sayang aku, dan yang boleh bimbing aku menjadi yang lebih baik lagi

haihhh aku menunggu kehadiran mu sayang 

Friday, November 16, 2012

sapa pernah kena


pernah tak korang rasa macam ni hahahha

on chat endless talking but when meet in person jadi malu2 kucing plop :P

sapa pernah kena??? angkat tangan!! 

aku pernah kena,,aku berkenalan dengan seseorang dalam tagged,, masa dalam chat kami seronok berbual tapi bila berjumpa tak taw nak cakap apa,,hhahaha tapi still try belagak macho,tebalkan muka,,berbual pasal ntah apa2 ntah,, 

hahhhaha sekarang ni kami da lost contact maybe kami tak serasi kot hahahha or dia da jumpa seseorang yang lebih pandai mengambil hati dia

aku??? aku tak pandai,,orang cakap aku ni heartless :/

p/s: tengah cuba muhasabah diri sendiri.. terima kasih atas nasihat anda semua :)


Friday, November 9, 2012

sedih!

salam

apa khabar semua? sihat ke semua ? alhamdulillah aku sihat je tapi penat la kerja kat wad.maklum la badan ni dah jadi terlalu manja sangat sampai nak angkat tong oxygen pun da x larat,senior aku mengandung baby 6bulan  tu pun larat nak angkat tong gas,,


haihh sebenarnya dah lama aku pendam kan dalam hati ni,,dah lama aku paksa diri supaya sukakan kerja aku sekarang ni,,sampai sekarang tak boleh..  sekarang ni aku dah bergelar staff nurse..so tanggungjawab aku adalah menjaga patient2 yang kat dalam wad tu,,tapi bukan setakat tu aje aku kena taw semua diagnosis2 pesakit including treatment sekali..wallah aku tak boleh suka.. dan tak boleh buat2 suka


namun aku dah tak boleh undur diri aku kena teruskan jugak walaupun tak minat.. tak boleh nak toleh belakang daa,,i have to move on no matter what, 


dari dulu lagi aku tak minat nak jadi nurse,,cita2 aku mula2 nak jadi seorang akautan,,aku minat betul dengan akaun,, masa aku form 4 dulu aku expert bab mengira2 nie,,betul aku tak tipu bukan bermaksud nak show off ke hapa.lepas habis spm aku berjaya melanjutkan pelajaran aku dalam bidang perakaunan kat uitm.. perghh best gila,,, memang best. first time aku hidup tanpa family aku,,aku culture shock,,,enjoy non stop,,cgpa drop then i quit study coz dah tak boleh catch up,,i dunno y!!seriouly! then abah tak putus2 bagi aku semangat supaya aku berjaya,,so dalam diam2 dia register kan aku dalam penjawat awam Jururawat u29 (www.spa.gov.my) then dyeorang panggil aku interview and aku berjaya dan aku sambung pelajaran dalam bidang jururawat,seriously aku tak boleh catch up langsung until now!!! 


bila aku dala ward tadi,,aku terpikir2 apa yang aku belajar selama ni!! kenapa aku tak boleh senang terima ilmu macam orang lain,,kenapa aku lembap sangat!! now am regret,,ini la masalahnya kalo kita tak minat sesuatu semua tak jadi,, moga aku tabah,,adik2 kat luar sana jangan jadi macam akak,, fokus pada impian kamu..


kalau aku belajar betul2 mesti aku dah jadi akauntan termuda kan?? :( impian terkubur begitu saja





Sunday, November 4, 2012

salam

haiii semua baru hari ini aku dapat bukak blog aku yang merah menyala ni hahah,,ye la aku sibuk dengan kerja aku kat hospital..setiap hari aku balik pukul 7 malam..bila da sampai umah mesti nak rehat kan diri..aku bukak fb pun sekejap2 je.. penat yang tersangat.. sekarang ni aku kena kerja ikut office hours from monday to friday 8am-5pm and saturday and sunday holiday laa,..dats y aku bole balik kampung ku di Rawang dan berblogging hehhee

sekarang aku ni aku masih bermoodkan adam hawa <-----jadah apa yang aku cakap ni

hahhhah aku baru je lepas tengok drama adam dan hawa,,cerita ni da makin menarik... Johan ada hati pada Azie dan sama juga pada Azie.. makin menarik kan??? and Adam tetap tak putus asa nak dapatkan Ain balik.

rumah aku xde astro so aku download semua episod dari http://www.ceritamaster.com/
aku dah download dari episod 1 - 40.. 41 belum keluar kat astro so have to wait laa.. 

dalam blog ceritamaster semua citer ada,,, klik jangan tak klik



aku suka dengan watak Aaron aziz sebagai Adam,,memang best/selamba/sempoi,,,dia ni layak jadi palyboy hahhahaha guro2 ...
tapi watak sebagai playboy dia tu aku x berapa nak berkenan aku lagi suka watak dia yang lagi satu,,watak dia dimana dia jadi baik.. perhhhh memang suka la den hahha,,and lagi satu dia serius nak dapatkan ain tu balik..dan rela menunggu ain bertahun2 walaupun ada Dee yang selalu ada dengan dia,,,i think ada Dee tu membuatkan citer ni makin menarik laa..anyway Dee tu memang lawa kan? hahahah,,kan bagus kalo ada boipren macam ni :p.dalam zaman skang ni ada ke ???? haih -_-'


watak Nadeeya sebagai ain pun tiptop laa..aku suka dia ni,,dia memang pandai berlakon.. penah tengok tak dia berlakon dalam citer Cun sebagai Manis... boleh meleleh airmata terbaik minah ni hahah... 

aku minat dengan watak ain ni sebab watak dia ada ciri2 perempuan melayu terakhir and dia tak senang2 nak bagi hati kat mana2 lelaki..dia serius dengan hidup dia,, even kat Adam,,tapi Adam tu suami dia mesti dia bersama jugak la hahhaa ..dah dyeornag watak utama dalam citer ni kan??

bagi aku drama ni lain dari yang lain.. memang terbaik..

p/s: aku jarang tengok drama melayu balik2 hindustan so aku bagi 10 star kat citer ni,,download jangan tak download