Friday, November 9, 2012

sedih!

salam

apa khabar semua? sihat ke semua ? alhamdulillah aku sihat je tapi penat la kerja kat wad.maklum la badan ni dah jadi terlalu manja sangat sampai nak angkat tong oxygen pun da x larat,senior aku mengandung baby 6bulan  tu pun larat nak angkat tong gas,,


haihh sebenarnya dah lama aku pendam kan dalam hati ni,,dah lama aku paksa diri supaya sukakan kerja aku sekarang ni,,sampai sekarang tak boleh..  sekarang ni aku dah bergelar staff nurse..so tanggungjawab aku adalah menjaga patient2 yang kat dalam wad tu,,tapi bukan setakat tu aje aku kena taw semua diagnosis2 pesakit including treatment sekali..wallah aku tak boleh suka.. dan tak boleh buat2 suka


namun aku dah tak boleh undur diri aku kena teruskan jugak walaupun tak minat.. tak boleh nak toleh belakang daa,,i have to move on no matter what, 


dari dulu lagi aku tak minat nak jadi nurse,,cita2 aku mula2 nak jadi seorang akautan,,aku minat betul dengan akaun,, masa aku form 4 dulu aku expert bab mengira2 nie,,betul aku tak tipu bukan bermaksud nak show off ke hapa.lepas habis spm aku berjaya melanjutkan pelajaran aku dalam bidang perakaunan kat uitm.. perghh best gila,,, memang best. first time aku hidup tanpa family aku,,aku culture shock,,,enjoy non stop,,cgpa drop then i quit study coz dah tak boleh catch up,,i dunno y!!seriouly! then abah tak putus2 bagi aku semangat supaya aku berjaya,,so dalam diam2 dia register kan aku dalam penjawat awam Jururawat u29 (www.spa.gov.my) then dyeorang panggil aku interview and aku berjaya dan aku sambung pelajaran dalam bidang jururawat,seriously aku tak boleh catch up langsung until now!!! 


bila aku dala ward tadi,,aku terpikir2 apa yang aku belajar selama ni!! kenapa aku tak boleh senang terima ilmu macam orang lain,,kenapa aku lembap sangat!! now am regret,,ini la masalahnya kalo kita tak minat sesuatu semua tak jadi,, moga aku tabah,,adik2 kat luar sana jangan jadi macam akak,, fokus pada impian kamu..


kalau aku belajar betul2 mesti aku dah jadi akauntan termuda kan?? :( impian terkubur begitu saja





14 comments:

Suara Hati said...

oke tu jadi nurse bole tolong ramai orang hehe

Aswad Asae said...

uitm mana dulu?

Cik Que said...

em..awak teruskan je ape yg awk lakukan sekarang ni..even awk tak suke, tapi awak mesti bersyukur tau..sebab banyak lagi orang yang nak kerja macam kerja awak sekarang ni. Apa2pn, sye doakan semoga awak dapat sukekan kerja awak...^____^

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

meh bg kt saye, saye memg minat kerja ni, dr dulu apply memg xdpt,heheh

baby comel said...

Salam.. firstly nak cakap yg kerja awak sbg nurse ni sgt mulia tau. xsemua org mampu jadi nurse sbb kerja ni perlukan kesabaran yg tinggi.
kita tak tahu apa yg akan jadi future. tp percayalah semuanya dh tertulis. jangan mudah menyesal dgn apa yg kita dh buat & apa yg kita ada hari ni. bukan semua org diuji dgn keindahan.. bukan semua jgk diuji dgn kekecewaan..
Awak tau dulu lps SPM saya smbung bljar dlm bidang automotif. seriously sy xtau pun automotif tu belajar apa. xpernah tau pn pasal kereta sebelum ni. tp at last saya boleh jadi graduan terbaik course tu masa konvo. & sekarang kerja dekat company automotif gergasi dkt malaysia ni. walaupun saya tak pernah minat semua ni..
Apa2 pun sekarang ni, awak jangan berpaling ke belakang -teruskan langkah dgn seikhlas hati. Mungkin yg terbaik sedang menanti di hadapan..
~maaf kalau bicara ni mungkin tidak sedap didengar.

miz ruha said...

betul cakap baby tu dayah... ada hikmah disebalik apa yang terjadi... sesungguhnya takdir itu telah ditentukan... kita tak tahu apa yang telah ditakdirkan buat kita... kita tak tahu pun kat mana rezeki kita... sesungguhnya Allah yang lebih tahu....
mungkin kita suka sesuatu benda, tapi ia tak baik buat kita.... mungkin juga kita benci sesuatu benda, tapi sebenarnya itulah yang terbaik buat kita....
moga terus tabah menghadapi liku2 sebagai nurse... ikhlaskan hati dalam melakukan setiap kerja... :) tak mau sedih2... ^_^

tirahzairi said...

ada hikmah dear...sbar yer

Hanif Idrus said...

Adakala dalam dunia ni apa yg kita nak...tak semua kita dapat dik.
Setiap kerja dan laku ada iktibar dan kebaikkannya.

haz said...

harap bella tabah menghadapi dugaan hidup yee. setiap yg terjadi tu pasti ade hikmahnye =)

chot ok..! said...

apa yang datang,msti ada hikmahnya..sabar dan trs tabah..:)

Jom terjah kalau sudi ..TQ :
http://chot91.blogspot.com/2012/11/travel-to-singaporeuniversal-studio.html

Bahrain Ramlan said...

cuba muhasabah diri...apa yg tak kena diri tu..
Kalo dah jadi nurse cuba paksa diri untuk suka mana tau masa akan datang kamu automotik akan suka ngan kerja nurse tu..
pasal akauntan tu, dulu aku pun minat jugak skrang dah jadi lain..bukan akauntan yang aku dapat..tp syukurla..ALLAH jualah yang telah menetapkan perjalanan hidup kita..perancangan kita tak semestinya berjalan dengan lancar..keep it up..ok..

shar90 said...

besar tanggungjawab jadi nurse nih... ganjaran tolong org pon besar... hee

Dunia Wilma said...

Ok bah jadi nurse nie ^_^ Maybe Bella perlu pergi bercuti dulu bah...Rehatkan badan dan otak...Lepas tu, maybe ok...

nor'aini said...

Bljr ape yg awk suke pun, awk kantoi. All i can say, u org yg penuh beralasan. Pls dun be a nurse, if x minat. Nurse mcm u la yg sll akn sakitkan hati patient.