Friday, November 30, 2012

ciri-ciri suami idaman



ciri - ciri idaman suami aku..kan bagus kalo betul2 ada...

aku berdoa pada Allah SWT semoga aku dtemukan lelaki yang sebaik macam ni 
yang penyabar,beriman,yang sayang aku, dan yang boleh bimbing aku menjadi yang lebih baik lagi

haihhh aku menunggu kehadiran mu sayang 

Friday, November 16, 2012

sapa pernah kena


pernah tak korang rasa macam ni hahahha

on chat endless talking but when meet in person jadi malu2 kucing plop :P

sapa pernah kena??? angkat tangan!! 

aku pernah kena,,aku berkenalan dengan seseorang dalam tagged,, masa dalam chat kami seronok berbual tapi bila berjumpa tak taw nak cakap apa,,hhahaha tapi still try belagak macho,tebalkan muka,,berbual pasal ntah apa2 ntah,, 

hahhhaha sekarang ni kami da lost contact maybe kami tak serasi kot hahahha or dia da jumpa seseorang yang lebih pandai mengambil hati dia

aku??? aku tak pandai,,orang cakap aku ni heartless :/

p/s: tengah cuba muhasabah diri sendiri.. terima kasih atas nasihat anda semua :)


Friday, November 9, 2012

sedih!

salam

apa khabar semua? sihat ke semua ? alhamdulillah aku sihat je tapi penat la kerja kat wad.maklum la badan ni dah jadi terlalu manja sangat sampai nak angkat tong oxygen pun da x larat,senior aku mengandung baby 6bulan  tu pun larat nak angkat tong gas,,


haihh sebenarnya dah lama aku pendam kan dalam hati ni,,dah lama aku paksa diri supaya sukakan kerja aku sekarang ni,,sampai sekarang tak boleh..  sekarang ni aku dah bergelar staff nurse..so tanggungjawab aku adalah menjaga patient2 yang kat dalam wad tu,,tapi bukan setakat tu aje aku kena taw semua diagnosis2 pesakit including treatment sekali..wallah aku tak boleh suka.. dan tak boleh buat2 suka


namun aku dah tak boleh undur diri aku kena teruskan jugak walaupun tak minat.. tak boleh nak toleh belakang daa,,i have to move on no matter what, 


dari dulu lagi aku tak minat nak jadi nurse,,cita2 aku mula2 nak jadi seorang akautan,,aku minat betul dengan akaun,, masa aku form 4 dulu aku expert bab mengira2 nie,,betul aku tak tipu bukan bermaksud nak show off ke hapa.lepas habis spm aku berjaya melanjutkan pelajaran aku dalam bidang perakaunan kat uitm.. perghh best gila,,, memang best. first time aku hidup tanpa family aku,,aku culture shock,,,enjoy non stop,,cgpa drop then i quit study coz dah tak boleh catch up,,i dunno y!!seriouly! then abah tak putus2 bagi aku semangat supaya aku berjaya,,so dalam diam2 dia register kan aku dalam penjawat awam Jururawat u29 (www.spa.gov.my) then dyeorang panggil aku interview and aku berjaya dan aku sambung pelajaran dalam bidang jururawat,seriously aku tak boleh catch up langsung until now!!! 


bila aku dala ward tadi,,aku terpikir2 apa yang aku belajar selama ni!! kenapa aku tak boleh senang terima ilmu macam orang lain,,kenapa aku lembap sangat!! now am regret,,ini la masalahnya kalo kita tak minat sesuatu semua tak jadi,, moga aku tabah,,adik2 kat luar sana jangan jadi macam akak,, fokus pada impian kamu..


kalau aku belajar betul2 mesti aku dah jadi akauntan termuda kan?? :( impian terkubur begitu saja





Sunday, November 4, 2012

salam

haiii semua baru hari ini aku dapat bukak blog aku yang merah menyala ni hahah,,ye la aku sibuk dengan kerja aku kat hospital..setiap hari aku balik pukul 7 malam..bila da sampai umah mesti nak rehat kan diri..aku bukak fb pun sekejap2 je.. penat yang tersangat.. sekarang ni aku kena kerja ikut office hours from monday to friday 8am-5pm and saturday and sunday holiday laa,..dats y aku bole balik kampung ku di Rawang dan berblogging hehhee

sekarang aku ni aku masih bermoodkan adam hawa <-----jadah apa yang aku cakap ni

hahhhah aku baru je lepas tengok drama adam dan hawa,,cerita ni da makin menarik... Johan ada hati pada Azie dan sama juga pada Azie.. makin menarik kan??? and Adam tetap tak putus asa nak dapatkan Ain balik.

rumah aku xde astro so aku download semua episod dari http://www.ceritamaster.com/
aku dah download dari episod 1 - 40.. 41 belum keluar kat astro so have to wait laa.. 

dalam blog ceritamaster semua citer ada,,, klik jangan tak klik



aku suka dengan watak Aaron aziz sebagai Adam,,memang best/selamba/sempoi,,,dia ni layak jadi palyboy hahhahaha guro2 ...
tapi watak sebagai playboy dia tu aku x berapa nak berkenan aku lagi suka watak dia yang lagi satu,,watak dia dimana dia jadi baik.. perhhhh memang suka la den hahha,,and lagi satu dia serius nak dapatkan ain tu balik..dan rela menunggu ain bertahun2 walaupun ada Dee yang selalu ada dengan dia,,,i think ada Dee tu membuatkan citer ni makin menarik laa..anyway Dee tu memang lawa kan? hahahah,,kan bagus kalo ada boipren macam ni :p.dalam zaman skang ni ada ke ???? haih -_-'


watak Nadeeya sebagai ain pun tiptop laa..aku suka dia ni,,dia memang pandai berlakon.. penah tengok tak dia berlakon dalam citer Cun sebagai Manis... boleh meleleh airmata terbaik minah ni hahah... 

aku minat dengan watak ain ni sebab watak dia ada ciri2 perempuan melayu terakhir and dia tak senang2 nak bagi hati kat mana2 lelaki..dia serius dengan hidup dia,, even kat Adam,,tapi Adam tu suami dia mesti dia bersama jugak la hahhaa ..dah dyeornag watak utama dalam citer ni kan??

bagi aku drama ni lain dari yang lain.. memang terbaik..

p/s: aku jarang tengok drama melayu balik2 hindustan so aku bagi 10 star kat citer ni,,download jangan tak download





Friday, October 26, 2012

CUAK

salam

untung betul jadi staff nurse HKL sister bagi cuti 3 hari,baik betul sister
 semalam aku berjaya menghabiskan minggu orientasi aku dengan staff2 nurse yang lain dan aku dimasukkan ke wad surgical and endoskopi

apa maksud surgical? surgical tu pembedahan dan endoskopi tu endoskopi laa hahhaa.. so lepas ni keje aku cuma cuci luka orang gamaknya muaahahhaha!

tapi aku takut,,, T.A.K.U.T aku cuak macam mana nak handle patient dengan baiknya,, sebab tanggungjawab nurse ni terlalu besar,kalo tersalah bagi ubat bole dibuang kerja,,alahai sesungguhnya aku memang takut,,, 4 bulan aku tak pernah nak revise producer2,ubat2 yang penah aku blaja dulu,, cuaknya alahai.hanya Allah je yang taw

aku takut aku bole buat patient tu mati je :P sebab aku ni jenis buat keje nak cepat je,, other terms menggelabah.. takot doe..hangpa taw dok perasaan aku skang???? mohon bagi kata semnagat kat aku...omaigoodddd!! mana p tah kemachoan aku ni :( tak pernah aku secuak ni dats mean aku kena serius,,dah la aku ni memang suka main2..masa praktical dulu lagi laa x pnah ambik serius :(

menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna 


masa  practical dulu aku ada geng aku yang selalu bantu aku terutama sekali Shida dan rozi tapi depa jauh,,shida kat seremban rozi kat sabah.. 

P/S : DOAKAN KEJAYAAN GUA DISANA :') 


Sunday, October 21, 2012

Segmen : Blog paling awesome



gua di tag oleh ixara untuk menyertai segmen ni 
klik banner kalau nak join

cukup 50 orang baru tamat segmen ni 

tag : Miz Ruha

Friday, October 19, 2012

warkah terakhir

Salam

mesti ampa pelik kan baca tajuk kat atas tu? hehhe ap yang ampa rasakan..ak nak tinggalkan dunia blogging
no way no way!! salah sama skali!! ak xtaw nak start mcm mne ak rse ni la warkah yang terpanjang skali yg pnah ak taip.. perghh byk benda ak nak bgtaw kat dlm blog ni,,lantak korg la if korg rse ak ni syok sendiri ke,attention seeker yang penting ak dapat puaskan nafsu ak kat sini <<<<< jadah mengarut plak ==',,ak xtaw nk letak ayat apa,,pakai hentam je la :P

WARKAH PERTAMA >>>>ok2 first of all ak nak ucapkan terima kasih pada kawan2  yang wishkan bday,,first thanks to kawan2 blogger aku Geng APAKAH,,wa x sangka ,,wa ingatkan lu orang da lupakan gua :'( sob sob sob tapi x sangka lu org masih ingat lagi kat gua even gua da lme x lepak dlm page tu :) wa sungguh terharu,,tak sangka  kan even kenal dalam alam maya pun bole rapat mcm ni,,mcm da kenal lama da :) cc : Zul de alexis,anis,nurul ain,fiza suhaimi dan mama PPP


tapi tak lupa jugak kawan seangkatan ngn wa,Amni my BFF and adik dan adik ipar aku thank u so much :) tapi mael lambong dgn Miz Ruha x sempat wish..wa rse dyeorg ni da tido awal kot.oh oh kawan sabah aku hahha Lina  :) thanks beb wa pun sayang lu jugak :) ok tu je wa nak cakap..wa da cukup2 23 tahun.. 

Happy birthday to me :)


ok warkah kedua.. gua nak cakap yang gua sekarang bakal bekerja di sebuah hospital di Kuala Lumpur..HOSPITAL KUALA LUMPUR,,,wa terima tawaran ni sejak 2 minggu lepas tapi gua x heboh kat sini sebab wa tggu mse yg sesuai utk bgtaw hahaa

ini dia buktinya


kalo korg klik gamba tu lu org akan nmpk nama sebenar wa :P

so gua akan bekerja di Hospital besar KL dimana hospital kelahiran wa pada tahun 1989..ya disitu gua dilahirkan ... so apa yang gua rasa?? ak xtaw la nak cakap ap..ap yang ak rasa adalah rasa malas nak memblahkan diri dri umah ni :( .gua akan tinggalkan dunia blogging wat sementara waktu,,maybe gua akan busy dengan night shift plzz jgn piki gua sombog kalo gua x folo balik.. 

apa yang gua nak doakan kejayaan gua.. doakan agar gua jadi nurse yang baik dan berdedikasi walaupun gua tak minat dlm bidang ni.>>>>> cita2 dulu nak jadi model..doakan agar gua ak dibuli oleh senior2 kat sana.. doakan untuk segala-galanya laa,,, semua nya ada hikmah,,maybe rezeki ada kat situ

p/S: DAH MENGANTOK MAAPKAN JIKA ADA TYPO PAHAM2 LA SENDIRRI

Segmen : senyum nampak gigi by iLia Zamri

salam

okey gua terjumpa segmen ni time BW di blog Pelangi senja

interesting so gua nak join laa,, mne bole tahan gua kaki segmen daa

lu ada?? hahahha



for more details bole klik banner atas
banner pun comey macam tuan dia :D







P/S : Senyum buat kita rasa muda ,,so senyum laa tak perlu kata apa2


Thursday, October 18, 2012

Yeay Header Baru!!

Salam

cuba tengok atas,

apa yang lain

ye header gua dah bertukar dari yang simple --------> cantik


.
.
.
.
.
.
.


TADA!!!!



cute kan??? thanks to my blogger's friend Miz Ruha

sebab telah buatkan satu header yang cantik untuk aku
sayang ko kawan 



korg yg baca entri ni p la terjah blog beliau 
orangnya sporting macam aku jugak :)


P/S: AKU RASA DIHARGAI WALAUPUN AKU KENAL KO DALAM ALAM MAYA :')

Segmen: UPkan follower secara mendadak



FOLLOWER SEKARANG



TAG PADA SEMUA YANG MEMBACA

TARIKH LU PUT : 20/10/2012 <------ BDAY AKU

Wednesday, October 17, 2012

Ulcer

Salam

my mood totally right now >>>>>>>> !@##^&%*&

what's wrong my dear??? ada ulcer dalam mulut

cilakak tul sakit gila bila aku nak bukak mulut hari ini

mak aku masak sayur faveret hari ni Bayam Tumis dengan ikan merah goreng. ambik dekat masa 
2jam nak habiskan makanan tengahari tadi nasib baik ada Pija temankan aku makan



apa yang korg rse bila ulcer muncul dlm mulut or in other word MATA IKAN

its totally annoying!! sakit gila

intervention for ulcer>>>> letak garam kat tempat ulcer,kumur dengan air garam,letak bonjela

dah buat semua,.tp still sakit makin bengkak =='

ok tu je


copy paste from gugle

aku punya ulcer kat dalam sekali x bole nak ambik nak letak kat sini hihi

nyte ^^





Ist Giveaway by Makcik Superman

Salam

Gua dijemput oleh adik Shasha untuk menyertai GA beliau

mohon kalian sapot

nak join Klik

.
.
.
.
.
.
.
.
.




Monday, October 15, 2012

Simple Segmen: Saya nak blogwalking




JOM BLOGWALKING WITH MISS Z 

Friday, October 12, 2012

Carian gadis kofiden kotex fresh

Salam

Ya Allah sesungguhnya Kau Maha Mengetahui

sesungguhnya aku berasa segan nak bgtaw ampa sekalian yang aku join contest ni

aku mohon jasa baik tolong la UNDI gambar aku ye,,,

segannye!!!!



I'M SUPER CUTE????!!! PFFTTT kalau korg nk muntah dipersilakan laaa

tolong undi ye kawan2



Tuesday, October 9, 2012

review movie : BAIT


OK hari ni nak post entri pasal movie semalam yang aku tengok kat Times square semalam

citer ni mengisahkan bandar australia mengalami tsunami yang teruk along with white shark,, but babak yang mereka buat ni bukan kat area bandar tapi  dalam sebuah shopping mall..disebabkna tsunami yang teruk menyebabkan shoppers terperangkap di dalam mall tersebut along with 2 white shark yang besar











memang terbaik citer wa cakap sama lu.. memang x rugi tengok.. byk adegan yang mencemaskan yang boleh buat anda panik,tak duduk diam dan membuatkan pulse rate kamu bertambah laju,,korang serbu la citer ni ek... citer ni sesuai dengan orang dewasa budak2 bawah umur x digalakkan sebab ada jugak adegan yang tak senonoh yang boleh buat budak2 terikut.. 



Saturday, October 6, 2012

Segmen Lyssa Faizureen : Kenapa aku berblog


Salam


segmen daripada blogger yang aku minat kecik2 cili padi lagi comel lote orangnya macam aku hahha


sila klik banner kat atas kalau nak join and nak lebih detail lagi tentang penyertaan segmen ni

ok let's start

Kenapa aku berblog?

kenapa aku berblog??? hmmmm ok ceritanya macam ni  aku tak ingat bila aku start berblogging tapi salah satu sebab hanyala ingin mengisi masa lapang sahaja..time tu aku still kapel dengan ex aku..dan cara dia layan aku pun nak tak nak layan je aku yang mereng ni,,so aku bosan dan sebab aku terlalu sayang dia aku tak sampai hati nak pasang skandal lain,,so aku buat  blog laa.. :)

Macam mana aku boleh terjebak dalam dunia blogging


yang buat aku terjebak dlm dunia blog ni dari housemate aku Rozi Cik Nurse,, dia la yang tunjuk aku blog dia,,pastu aku pun terpengaruh dengan dia so aku ikut jejak langkah dia hehe

Apa tujuan asal aku berblogging


macam aku bgtaww tadi saja je

Dan apa yang menarik tentang blog aku ni

aku rasa blog aku ni menarik lagi menawan dan simple..aku letak background merah sebab aku minat merah
lagipun aku tak suka letak byk widget buat semak jee..aku lagi suka yang simple
sebab simple itu mudah :)

Sumber inspirasi 

mula2 tu takde la tp bila aku da start berblogwalking aku terjumpa satu blog ni,,,bagi aku blog ni tersangat la menarik dan tuan blog ni tersangat la sempoi,kelakar dan peramah,,segala entri beliau ada humor sense,,bila aku baca beliau memang tak kering gusi la ketawa sorang2

bagi aku  sebab  beliau la aku terus berblogging kalau takde idola dah lama aku biarkan blog aku ni bersawang.. dan kalau bukan sebab tu jugak takde la aku join member Apakah di Facebook

blogger yang aku maksudkan ialah -------> Zul De Alexis

tapi jangan pikir bukan2 gua minat entri beliau je bukan orangnye :P


ok that's it







Segmen : Giveaway by Izwan





 klik kalau nak bagi nampak

sekali gua tersilap buat entri laa

tengok tajuk kat atas : Giveaway by Izwan bukan nak topup dari izwan
segmen tu da lama tamat,,malu!!!




harap admin maapkan gua
wish me luck :)

Friday, October 5, 2012

Blog review by Jue Jaynee

Salam



aKU join segmen ni sbb nk bg sokongan pada
sahabat blogger aku ni plus kawan TBA (TEAM BLOGGER ACTIVE)

Sapa nak join bole klik :)

mohon lu review blog gua hehe


Segmen: Jom Blogwalking

Salam

sedang berblogwalking aku tengok ramai join segmen ni

so ak nak join skali mana bole tahan kalo ad segmen cenggini

ayoh tingkatkan followers disamping tu boleh berkenalan dengan blogger2 lain

mne taw kalo terjumpa jodoh ke

pfffttttt!!!



klik banner diatas

p/s: aku dah lama follow blog ni


Thursday, October 4, 2012

Fatin Najwa : First Giveaway

salam

Terima kasih kepada  budak cute yang telah mengajak gua 
join GA ni

bila gua bukak blog beliau,,gua teruja dengan hadiah2 untuk pemenang GA
gua berminat dengan jacket strip yang berwarna warni tu
nak pegi TS malas,,mohon admin blog tersebut kasi gua menang hahahahha

Fatin Najwa <----- klik sini


tag dua orang :






Wednesday, October 3, 2012

Single's Life

Salam



i have a question : dengan siapa kita chatting dalam fb more women or man and why??



   who is love talk on the phone more women and man ? why? 


one more question : when do you say to people around u don't look at my laptop 

pernah buat??? mesti pernah kan aku pun sama,,,, aku selalu berchatting dengan kawan2 alam maya 
tambah2 lagi dengan geng apakah??? memang sempoi
but lately aku jarang lepak dlm group tu sebab aku nk focus pada satu benda
tgu je la next entri nti ye

Lelaki dan Perempuan memang tak boleh dipisahkan
kadang2 kita rasa kita lagi suka bercakap dengan lelaki dari perempuan dan lelaki juga sebaliknya sebab....

sebab apa?? aku pun xtaw kenapa??

jangan cakap aku terhegeh2 plak nak cari jodoh,,jodoh di tangan tuhan
aku dah tak nak try lagi untuk berpacaran cukuplah 2 kali terluka

hambek ko 2 kali???!!! tak serik-2
ehehhe kali ni da serik,,,aku nk fokus kat keje aku plak

kawan aku ramai keliling pinggang
tapi xde satu yang berkenan
macam ni la orang xde pakwe,, tp aku bahagia
insyaallah ada yang terbaik untuk aku... 

Allah Swt tahu yang terbaik untuk aku :)



Love is so strange. Sometimes it becomes reason to live life and sometimes to leave life.


ok aku memang suka merepek maap kan segala bahasa yang tunggang langgang tu

al maklum la mengantok ni 

nyte peeps :)

Tuesday, October 2, 2012

segmen: jon blogwalking sampai pengsan

Salam




jom geng kita follow orang sampai pengsan

Segmen: Follow sampai pening

Salam

jom kawan2 kita follow blogger lain smpai muntah kuning





DONE

Monday, October 1, 2012

Segmen : Idola kegemaran

Salam

oh hai kita jumpa lagi aku rindu sangat nak buka blog aku ni
blog yang merah menyala lagi menawan macam tuannya hahha ehhh
aku lepaskan gian aku berblogwalking tadi terasa macam hidup semula ewah!
ok time aku berblogwalking terjumpa segmen ni..

klik sini


segmen ni tersangatla menarik sebab lain dari yang lain
aku berminat nak ceritakan pasal idola aku kat sini muahhahaha

tapi korang da lama taw kan? ye ke? taw ke??
tak taw kot,, ala boyfriend khayalan aku tu 

abam Shahid

pergh!!! mengancam renungan matanya!!

ok aku da excited nak citer ni 

pasai apa aku buat dia jadi idola aku?? xde orang lain ke? dia ni hero bollywood je mcm abang Hanif kata orang nepal kat kilang dia ramai lagi yang ensem2..erk =='

dia hensem ke?? hahahha memang la dia ensem cuba tengok gambaq kat atas,, agak2 kawan perempuan blogger aku cair tak??
 tapi bukan sebab tu,,aku minat dia sebab dia pandai menari bagi aku antara penari2 yang terhebat di seluruh dunia macam (superjunior)bagi aku dia la yang paling mengancam dan seksi 

then aku ni pun suka menari jugak kalo kat kolej dulu..dulu2 la masa time belajar dulu
aku mesti join menvolunteerkan diri nak menari..aku and the geng,,tapi aku tak da gamba group menari aku tu la.. tapi sumpah aku  join and rancangan 8tv showdown tak penah terlepas mmg aku tengok


hakikatnya memang aku suka menari dan suka tengok orang menari lagi lagi kalo aku tengok abam shahid berjoget terpukau sekejap hehe *gedik*

mohon lu orang jangan pulau gua..gua serius minat abam shahid ni



habis cerita :)



Tuesday, September 25, 2012

Segmen: follow an follow

Salam

join segmen follow and follow and follow again
happy blogging kawan2



internet lembap ==' tak boleh nak blogwalking sgt 

DONE

SELAMAT MALAM

Thursday, September 20, 2012

Carpal Tunnel Syndrome

Salam

Masa aku online tadi aku ada terbaca satu article ni dalam fb,,article ni daripada page rileksantai sapa2 yang LIKE page ni sila angkat tangan.. article ni telah disharekan oleh kawan aku,,dan aku teringin nak baca sebab aku menimba ilmu *mukapoyo* mohon tampar gua!

so disini aku nak share balik kat korang supaya korang lebih berhati hati dalam penggunaan mouse tak kira la dalam apa situasi pun,kalau cara pegang mouse tu salah kemungkinan besar korang akan dapat carpal syndrome.

apa itu carpal syndrome

masa aku jadi student dulu aku tak pernah fokus apa yang lecturer ajar,,ala kadar je 50-50% pasai apa aku memang tak minat nak jadi nurse. so definition of carpal syndrome aku copy paste dari laman web http://orthoinfo.aaos.org aku tak ambik dari wikipedia sebab aku tak percaya langsung

Carpal tunnel syndrome occurs when the tissues surrounding the flexor tendons in the wrist swell and put pressure on the median nerve. These tissues are called the synovium. The synovium lubricates the tendons and makes it easier to move the fingers.




aku letak gambar nak bagi korang lebih paham





klik gambar tu kalau rasa gambar tu tak jelas

dan ini adalah  cara-cara  pegang mouse dengan betul 



aku selalu guna cara yang salah bila pegang mouse so kali ini aku akan pratikkan cara yang betul!and korang jugak ye harus ingat tu!

dan berikut adalah cara-cara senaman untuk pergelangan tangan : bila korang rasa tangan korang dah letih elok buat senaman ni,,ringkas je.






so aku harap korang akan belajar cara nak pegang mouse dengan betul 

pesanan dari gua : mencegah lebih baik daripada mengubati
source : rilek santai